..SeKaPuR SiReH..

Selamat datang Pengunjung FAISHBEAUTY...!!Terima kasih kerana sudi singgah disini.

Jika ada sebarang persoalan atau ingin mendapatkan produk-produk HPA, anda boleh menghubungi FAISH melalui CALL,SMS, EMAIL,YM atau anda tinggalkan pesanan dan nombor telefon anda untuk dihubungi di ruang shoutbox saya.

InsyaAllah sebarang soalan akan saya jawab sebaik mungkin dengan penuh rasa tanggungjawab.Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

Sekian,Terima Kasih atas kunjungan anda.

Tuesday, August 11, 2009

PROFIL syarikat HPA


Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki empat buah kilang yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba Rossele, Pegaga, Misai Kucing, Jagung, Serai, Pisang dan ternakan Ayam,itik, lembu dan Kambing Organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi













Kilang syarikat HPA terletak di alamat :-
1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia.
2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.
3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
4. Kilang Cola Radix, Kaw.Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani Kedah.
5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi Kota Kinabalu, Sabah.
6. Kilang Air Mineral HPA,Batu 14 Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

No comments:

Post a Comment